Kenapa songket mahal ?

 Kenapa sampin songket mahal sehingga ada yang cecah RM15 k ,RM20 k

Mahal mesti ada sebabnya dan kemewahan itu pasti nampak pada kualiti dan nilai seni di dalam songket tersebut. Harga songket boleh mencecah ribuan malah belasan ribu ringgit tak lain tak bukan kerana kos disebalik pembuatan songket. Kerumitan dan kepakaran yang diperlukan dalam menenun songket juga satu faktor utama selain dari pelbagai proses dan penggunaan material yang exclusive seperti benang sutera, emas & perak. 

Songket berbenangkan emas dipakai Dato' Shah Rukh Khan
Secara ringkas kita tengok proses nak menenun songket ni semuanya ada 8 peringkat - mencelup benang , menerai benang , menganing benang , menggulung benang , menyapuk benang , mengarat , menyongket dan proses terakhir menenun . Setiap proses memerlukan seorang yang mengendalikan proses tersebut. Kita ada 8 peringat kerja , jadi tokey songket perlu ada 8 pekerja untuk memudahan lagi sistem. Dengan adanya pekerja-pekerja maka sehelai songket tenun boleh disiapkan dalam masa 2 - 4 bulan bergantung pada saiz & design.  (2-4 Bulan ye.. bukan hari, atau minggu)

Sampin songket kami dengan saiz 2.25 meteer & 2.5 meter.
Benang putih yang diimport dari China akan dicelup ke dalam dye . Dye ni pula diimport khas dari German. Kenapa guna dye import ? sebab perlu guna dye special , yang biasa-biasa tak cun ;) . Dye special ni Colourless. Dye tak berwarna. 

"Tapi kalau dah tak berwarna dari mana datang semua warna-warna tu semua???"

Tak payah pening, tu semua tindak balas kimia yg tak reti saya nak explain dengan detail :) ( cerr google kalau nak tahu) Nanti bila benang yang telah dicelup dengan dye tu kering , warna akan timbul.  Kalau peringkat utk dye sahaja dah boleh habis RM 300++ / Kg dye , tu tak masuk kos-kos lain lagi seperti penggunaan benang sutera , emas, perak & nak upah pekerja mahir.

Untuk harga songket hasil tenunan dari benang sutera jika dbandingkan dengan benang biasa yang di DYE tadi selalunya bernisbahkan 4 : 1. Contoh kalau sampin songket guna cotton harga RM 100 maka yang guna benang sutera jadi RM 400.  Jadi memang patut lah harganya mahal. Ni saya tak masuk cerita proses menenun dengan detail lagi ( yg ni saya akan sertakan videonya sekali InsyaAllah dalam post akan datang) yang pasti saya boleh katakan yang proses menenun ni memang susah, payah, rumit, &  memerlukan kesabaran tinggi. Oleh sebab inilah seni songket menjadi satu keunikan yang tidak ada pada fabrik lain lantas menjadikan ia satu kebanggaan kepada sesiapa sahaja yang memilkinya.

" oooowwwh ok, patut lah songket mahal kan. Dah faham dah sikit "

Akan disambung lebih lanjut InsyaAllah.
AlifQ | AirinaQ

P.S : Jangan risau untuk membeli dengan kami pula nanti (^^) sebab songket kami tak ada yang ceceah sampai beribu. Harga kami harga normal sahaja :)


Comments

Popular posts from this blog

Sampin songket tenun koleksi Raya 2018.

" Berapa ribu you beli samping tu datuk ? "