Sampin songket pilihan hati Khamis

Mawar menjadi tema
Bismillahirrahmanirrahim.
 
Untuk posting ke-3 ni saya nak "highlight" 1 sampin kesukaan sendiri. Sebenarnya sudah lama saya "aim" sampin ni. Tiap kali hendak pergi pos sampin customer mesti mata liar mencari sampin ni dalam parcel-parcel hantaran kot2 ada orang order tapi tak perasan. Memang happy kalau ada orang order tapi jauh dalam sudut hati kalau boleh nak biar je sampin yg ni terperap dalam koleksi kami, hehe- bukan apa, tapi sampin yg ni nampak sejuk dimata bila dipandang. Mungin sebab kombinasi warna pastel lembut yg harmoni ditambah pula dengan motif mawar halus ditenun rapi. Keunikan sampin yang sebegini rupa kalau dipakai pasti jadi renungan mata orang ramai sambil bermonolog " mana dia beli sampin tu ye???" (^^). Kepada yang membeli nanti kalau ada orang bertanya tu, minta jasa baik anda untuk sampaikan salam kami ya. Recommend-kanlah AQ SONGKET pada kawan-kawan, saudara-mara, kalau ada yang tak kenal pn boleh juga ^^. Jasa mu akan dikenang & balasan baik sentiasa ada untuk orang berbuat baik,

Mungkin setakat ni dulu posting untuk kali ini. Kepada sesiapa sahaja yang berminat utk jadikan sampin unik ini hak miilik mutlak mereka, bolehlah hubungi kami di 0102270138. Kalau ada sebarang pertanyaan lain ataupun rundingan harga semua kita boleh bincang boleh nego (^^)v

Assalamualaikum, 
Terima Kasih.
AlifQ | AirinaQ

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa songket mahal ?

Sampin songket tenun koleksi Raya 2018.

" Berapa ribu you beli samping tu datuk ? "