Koleksi songket kami

Samping songket Premium HD 
Rm 1000++ 
Kualiti tenunan tangan & material yang digunakan adalah yang terbaik dalam 
keseluruhan koleksi kami. Proses tenun tangan untuk kualiti ini juga
mengambil masa yang lebih lama berbanding kualiti lain. tenunan benangnya 
lebih padat. Jarak & design motifnya pula rapat, penuh, bewarna-warni & moden 
menjadikan ia sangat unik & sukar untuk dihasilkan.

Samping songket exclusive
Rm 550 - Rm800
Berada satu anak tangga di bawah kualiti premium kerana 
penggunaan material yang sedikit berbeza, seperti benang & warna(dye) yang 
berlainan kualiti/gred. Pilihan design motif juga agak lengang 
jaraknya. Walaubagaimanapun kualiti tenunan tangan tetap dititikberatkan & 
setiap helai songket dari kualiti ini ditenun dengan penuh teliti & rapi.


Samping songket semi-exclusive
Rm 300 - Rm 400 
Tidak semahal premium atau exclusive kerana kurang 
penggunaan benang warna-warninya. Benang & warna(dye) pula
berlainan kualiti/gred, serta pilihan motif songket juga tidak seberat atau 
semeriah motif dari kualiti premium atau exclusive. Walaubagaimanapun kualiti 
hasil kerja tenunan tangan yang unggul masih dapat dilihat dalam setiap helaian 
songket dari kualiti ini.

Samping songket basic
Rm 50 - Rm 200+
Ditenun mesin & mengambil masa yang cepat untuk disiapkan. 
Material benang kebiasaanya dari polyester atau gabungan polyester cotton.
Pilihan motif juga lebih kepada design yang mudah, klasik, dengan 
sedikit sahaja penggunaan warna. Hasilnya adalah songket dengan kualiti
yang sangat memuaskan bersesuaian dengan harganya. 

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa songket mahal ?

Sampin songket tenun koleksi Raya 2018.

" Berapa ribu you beli samping tu datuk ? "